Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat
rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat
pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan
itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling
malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab
lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan
patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik
lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya,
“Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik
makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”